3 Januari 2013 - 01:13

Seorang paderi beragama Kristian sanggup berjalan kaki dalam perarakan Arba'in menuju ke Karbala.




Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menjelang hari Arba'in, seorang paderi Kristian sanggup berjalan kaki bersama para penziarah menuju ke Karbala. Senario ini menunjukkan kesetiakawanan rakyat Iraq di bawah perjuangan Imam Husain (a.s).

Dalam wawancara bersama pemberita, paderi Joseph Ilyas berkata, perarakan khas daripada penganut agama Kristian telah pun sampai ke Karbala dengan berjalan kaki di pagi Rabu untuk menyertai saudara mereka umat Islam dalam karnival spiritual Husaini, kemanusiaan dan kebangsaan, yang menegaskan bahawa Nabi bagi umat Kristian dan Imam Husain adalah mangsa korban umat mereka sendiri.

Ilyas menyatakan kesedihan umat Kristian terhadap Imam Husain bin Ali (a.s) dalam peringatan hari Arba'in membawa kepada perpaduan rakyat Iraq di bawah khemah Imam Husain.

Perarakan Arba'in setiap tahun menyaksikan penyertaan umat Islam di kalangan mazhab Ahlusunnah, agama Kristian dan Sa'ibin di kota Karbala.